• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPA Diminta Pertimbang Senaraikan COVID-19 Sebagai Penyakit Berjangkit

oleh Mohd Arshad
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta mempertimbangkan untuk menyenaraikan COVID-19 sebagai penyakit berjangkit, bagi melayakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti wabak itu dapat menggunakan kemudahan cuti kuarantin sehingga lima hari.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia bertujuan memberi keadilan dan kelegaan kepada kontak rapat, terutamanya dalam kalangan kakitangan perkhidmatan kesihatan yang mempunyai anak positif COVID-19.

“Saya percaya jika anak kecil mereka positif, tiada siapa yang mahu menjaga mereka sepanjang tempoh kuarantin antara tujuh hingga 10 hari, dan ibu bapa perlu mengambil cuti tahunan untuk menjaga anak mereka.

“Adalah tidak adil jika mereka terpaksa mengambil cuti tahunan dan ada dalam kalangan mereka terpaksa juga berkerja, sehingga mengganggu fokus pada pekerjaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sekiranya wabak berkenaan disenaraikan sebagai penyakit berjangkit, ibu bapa yang mempunyai anak positif COVID-19, boleh mengambil cuti secara bergilir untuk menjaga anak mereka sepanjang tempoh kuarantin.

Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016, kemudahan cuti kuarantin diberikan kepada ibu bapa yang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit, untuk anak-anak berusia di bawah 18 tahun atau bawah 21 tahun jika anak masih belajar.

Enam penyakit berjangkit disenaraikan di bawah pekeliling itu, iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut; demam denggi dan demam denggi berdarah, campak; chickenpox; difteria; dan malaria.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Khamis lepas berkata pengumuman mengenai protokol isolasi kontak rapat akan dibuat pada minggu hadapan, selari dengan protokol diamalkan pekerja kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Di bawah protokol itu, mereka yang menjadi kontak rapat dan tidak bergejala, tidak perlu menjalani kuarantin sebaliknya hanya perlu buat ujian kendiri COVID-19 pada hari-hari tertentu.

Bernama-

Tags: Covid-19JPApenyakit berjangkit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

06/08/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan kajian had umur persaraan wajib untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua. Ketua Setiausaha Negara, Tan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd