• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: 27,808 Kes Baharu Semalam

oleh AK-47
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Malaysia merekodkan 27,808 kes baharu penularan Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,166,023 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 27,689 kes tempatan dengan 632 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Mengulas mengenai kes yang dilaporkan semalam, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 99.63 peratus bersamaan 27,705 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

“Pecahan daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 71.68 peratus iaitu 19,932 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori dua manakala 7,773 kes (27.95 peratus) adalah pesakit kategori satu.

“Selebihnya, bagi kategori tiga terdapat 49 kes (0.18 peratus), kategori empat dengan 31 kes (0.11 peratus) serta bagi kategori lima adalah sebanyak 23 kes (0.08 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan 103 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 43 kes iaitu 41.75 peratus belum divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“Selain itu 41 kes sudah menerima dua dos vaksin.

“Sebanyak 19 kes sudah menerima dos penggalak, berumur 60 tahun ke atas (50 kes), mempunyai komorbid (44 kes), ibu mengandung (satu kes) dan meninggal dunia (16 kes) termasuk sembilan kes ‘brought in dead’ (BID),” katanya.

Mengulas mengenai pertambahan 16 kluster baharu di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan hingga kini terdapat 486 kluster yang masih aktif di negara ini.

“Perkembangan ini secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,692 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan,” katanya.

Katanya, dalam pada itu, bagi kes yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hingga kini terdapat sejumlah 235 kes iaitu 92 daripadanya disahkan dijangkiti Covid-19 dengan 143 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Bagi pesakit dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat seramai 132 kes iaitu 55 kes disahkan Covid-19 serta 77 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, semalam terdapat 12,488 kes sembuh direkodkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus berkenaan adalah sebanyak 2,900,682 kes.

-Harian Metro

Tags: Covid-19kes harian covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd