• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Capaian Internet Paling Perlahan Sebab PH Batalkan Rancangan 5G

oleh Mohd Arshad
18/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kelajuan internet telefon Malaysia jatuh kepada paling perlahan di peringkat ASEAN.

Menurutnya, kejatuhan tersebut terjadi sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan rancangan 5G.

Tambah beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikatakan selalu membuat pusingan-U dan akhirnya memutuskan untuk membina monopoli infrastruktur 5G melalui syarikat milik kerajaan Digital Nasional Berhad (DNB).

“Pada ketika ini juga, infrastruktur 5G yang dibina DNB masih tidak diluluskan oleh syarikat Apple dan Samsung.

“Harap kerajaan hari ini akan memperbetulkan keadaan ini secepat mungkin agar Malaysia tidak lagi merupakan satu-satunya negara di ASEAN tanpa perkhidmatan 5G,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Ujar Najib, tiada guna sekiranya rakyat Malaysia membeli telefon dan peranti 5G sekiranya tidak boleh digunakan.

“Apa ertinya bagi rakyat Malaysia membeli smartphone dan peranti 5G terbaharu yang canggih tapi kita tidak ada 5G?” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: 5Gcapaian internetPH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd