• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Bakal Bertanding Lebih Dua Kerusi PRN Johor

oleh AK-47
18/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Gerakan akan bertanding lebih dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan, kata Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Beliau berkata, bilangan sebenar kerusi yang bakal ditandingi parti itu akan diumumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 23 Februari ini.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Gerakan bertanding satu Parlimen dan dua DUN di Johor. Kali ini, kita akan bertanding lebih daripada dua DUN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi Tahun Baharu Cina PN, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Muhyiddin dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas lanjut, Hoe Chai berkata, keputusan jumlah kerusi ditandingi diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan PN dan fokus Gerakan ketika ini adalah untuk memastikan kemenangan parti gabungan itu pada PRN Johor.

Pada PRU-14, Gerakan yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Pemanis dan Bukit Batu, kalah di kedua-dua kerusi. Gerakan kemudiannya mengumumkan keluar daripada BN pada 23 Jun 2018.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan 12 Mac sebagai hari pengundian.

-Berita Harian

Tags: bertandingGerakankerusiPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd