• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: 26,701 Kes Baharu Pada Khamis, 216 ICU

oleh AK-47
18/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 26,701 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 17 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,138,215 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia membabitkan 26,569 kes tempatan dengan 132 kes lagi adalah import.

Katanya, sebanyak 99.56 peratus bersamaan 26,583 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

“Pecahan daripada jumlah itu adalah kategori satu merekodkan 6,103 kes dan kategori dua 20,480 kes.

“Manakala 118 kes atau 0.44 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5 yang mempunyai gejala lebih buruk.

“Daripada jumlah itu kategori tiga merekodkan 77 kes, kategori empat 19 kes dan kategori lima sebanyak 22 kes,” jelasnya.

Daripada 118 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 22 kes iaitu 18.6 peratus belum divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

Selain itu, 71 kes sudah menerima dua dos vaksin, 25 kes sudah menerima dos penggalak, 53 kes berumur 60 tahun ke atas, 49 kes mempunyai komorbid, empat kes ibu mengandung, dan 10 kes yang telah meninggal dunia.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 19 kluster baharu direkodkan menjadikan kluster yang masih aktif di negara ini sebanyak 481.

Sementara itu, tambahnya, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 11,744 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,888,194 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 216 kes, manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 141 kes,” katanya dalam kenyataan harian pada Jumaat.

-Awani

Tags: Covid-19kes harian covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd