• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Sumbang AS$100 Juta Kepada COVAX

oleh Mohd Arshad
16/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA: China menandatangani perjanjian dengan Persekutuan Imunisasi dan Vaksin Global (GAVI) untuk menyumbang sebanyak AS$100 juta (RM419 juta) kepada Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX).

Memetik laman rasmi Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sumbangan tersebut adalah untuk membolehkan negara-negara membangun mendapat akses vaksin.

“China sentiasa fokus untuk menjamin kesamarataan akses vaksin yang selamat dan berkesan kepada negara membangun,” menurut laman rasmi tersebut.

Terdahulu, Presiden China, Xi Jinping pada Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin COVID-19 tahun lalu mengumumkan bahawa pihaknya berusaha memperuntukkan dua bilion dos vaksin kepada seluruh dunia, selain menyumbang AS$100 juta (RM419 juta) kepada COVAX.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada Isnin ketika mengulas mengenai sumbangan itu berkata ia membuktikan China turut menunaikan janji yang dibuat.

Beliau berkata, vaksin sebanyak lebih 200 juta dos yang diperuntukkan China juga memainkan peranan membina dalam meningkatkan kemampuan dan kebolehcapaian vaksin berkenaan kepada negara-negara membangun.

Jelas Wang, susulan situasi pandemik yang masih tidak menentu, merealisasikan kesaksamaan pengagihan vaksin dan menghapuskan “jurang imunisasi” kini menjadi keutamaan.

Katanya, China akan terus mengekalkan konsep komuniti kesihatan manusia dan multiliteralisme yang sebenar untuk menyokong mekanisme kerjasama pencegahan wabak dalam kerangka multiliteralisme, bagi mengatasi pandemik seawal mungkin.

Bernama-

Tags: ChinaCovaxvaksin covid-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd