• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wisma Putra Pantau Ketegangan Diplomatik Ukraine-Rusia

oleh Mohd Arshad
14/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kesemua 20 warga Malaysia yang berada di seluruh Ukraine disahkan berada dalam keadaan selamat susulan laporan ketegangan diplomatik dengan jirannya, Rusia.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini hari ini, pihaknya turut memantau rapi segala perkembangan mutakhir di negara Eropah itu termasuk kebajikan rakyat Malaysia di sana.

“Mereka semua turut berdaftar dengan rekod pihak Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Kyiv termasuk sembilan orang kakitangan diplomatik dan tanggungannya,” kata Wisma Putra.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, kenyataan itu jelas merujuk situasi di Ukraine yang dalam ambang perang dan mungkin diserang 100,000 tentera Rusia pada Rabu ini.

Media Eropah semalam mendedahkan laporan perisikan yang mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin bakal mengarahkan pencerobohan askarnya pada pertengahan minggu ini.

Ketegangan yang memuncak itu juga menyaksikan kerajaan Amerika Syarikat dan Britain menggesa rakyat mereka segera meninggalkan Ukraine sebelum perang tersebut meletus.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, setakat ini pihak kedutaan sentiasa menghubungi rapat kesemua rakyat Malaysia termasuk dua orang pelajar universiti di negara berkenaan.

“Kementerian Luar juga meminta mana-mana warga Malaysia yang berada di Ukraine namun belum berdaftar lagi dengan pihak kedutaan agar segera berbuat demikian,” tegasnya.

Langkah tersebut ujarnya, bagi membolehkan penyaluran bantuan konsular sekiranya berlaku situasi kecemasan luar jangka dan memastikan mereka dapat dihubungi serta selamat.

Semua rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar memberi keutamaan tinggi kepada isu keselamatan diri termasuk dengan mematuhi segala arahan diberi oleh pihak berkuasa tempatan.

Warga Malaysia di Ukraine yang memerlukan perkhidmatan konsular, boleh menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia yang beralamat di No.18, Arsenalna Streetm 01011 Kyiv.

Pejabat misi diplomatik tersebut boleh dihubungi terus menerusi telefon +380 442 855 271 atau talian khas selepas waktu pejabat pukul 5 petang hingga 8 pagi iaitu +380 988 387 885.

Canseri berkenaan yang mula dibuka sejak 2004 lalu, turut menerima makluman daripada rakyat Malaysia melalui e-mel iaitu [email protected] atau [email protected].

UtusanOnline-

Tags: ketegangan diplomatikRusiaUkraineWisma Putra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd