• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akar Umbi Kekuatan UMNO Tangkis Fitnah Pembangkang

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota UMNO di peringkat akar umbi adalah sumber kekuatan UMNO menangkis segala fitnah dilemparkan pembangkang bagi melemahkan parti keramat orang Melayu itu, kata Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata sekiranya akar umbi UMNO berpecah, parti tersebut tidak akan dapat dipertahankan khususnya dalam berdepan serangan pembangkang dan cabaran semasa.

“Cukup-cukuplah bersengketa sesama sendiri, setiap anggota UMNO di peringkat akar umbi perlu memberi semangat luar biasa kepada perjuangan parti mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Kita sekarang berada dalam persimpangan, (anggota UMNO) di akar umbi yang menentukan masa depan UMNO sendiri dan masa depan anak bangsa kita,” katanya ketika merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Negeri Melaka 2015, di sini malam ini.

Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 anggota UMNO Melaka itu, Hishammuddin turut melancarkan lagu rasmi UMNO Melaka berjudul ‘UMNO Melaka Melayu Gemilang’.

Hishammuddin berkata anggota UMNO di peringkat akar umbi juga perlu berani mengingatkan pemimpin parti berkenaan supaya tidak terpengaruh dan terlalu mengikut rentak yang dimainkan pembangkang.

“Hancur parti jika semua pemimpin UMNO menari ikut rentak pembangkang, jadi akar umbi perlu juga main peranan pastikan pembangkang tidak ambil kesempatan terutamanya serangan pembangkang masa ini yang mahu melagakan pemimpin dalam parti,” katanya.

Hishammuddin turut mengingatkan akar umbi parti bahawa usaha menangkis serangan pembangkang bukan perkara mudah terutamanya di zaman teknologi canggih pada masa ini.

“Pelbagai cerita tidak betul disebar oleh pembangkang kepada UMNO di media sosial, tiada batasan sehingga anggota keluarga pemimpin diserang, inilah cabaran kita hadapi sekarang maka kita perlu rapatkan saf dan bersatu,” katanya.

Beliau berkata masa depan UMNO dan bangsa Melayu tidak seharusnya diletakkan pada takdir semata-mata, sebaliknya perlu diperjuangkan bagi menjamin kehidupan anak bangsa pada masa hadapan. – BERNAMA

Tags: HishammuddinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd