• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Kontrak Harap Jawatan Tetap Disertakan Caruman KWSP

oleh Mohd Arshad
12/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Kumpulan pegawai perubatan kontrak berharap peruntukan perjawatan tetap dijanjikan kerajaan bermula Jun ini akan menjadi kenyataan selain disertakan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Mustapha Kamal A Aziz berkata, caruman KWSP antara permintaan yang dimuatkan dalam memorandum Hartal Doktor Kontrak.

“Sebab utama kami memilih menerima caruman KWSP kerana tidak mahu membebankan kerajaan pada masa akan datang selain kami juga berpendapat sistem pencen sudah tidak relevan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, kerajaan bersetuju mewujudkan sebanyak 8,686 jawatan tetap tambahan membabitkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan bermula Jun depan sehingga 2025.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan akan diwujudkan pada tahun ini bagi tujuan melantik seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.

Mengulas sama ada semua pegawai perubatan kontrak yang menyertai Hartal Doktor Kontrak memilih caruman KWSP, Dr. Mustapha Kamal berkata, perkara itu antara yang diperjuangkan oleh rata-rata pegawai perubatan kontrak sebelum ini.

“Semuanya bergantung kepada Akta Pencen dan untuk perkara ini, kita minta dan berharap Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) dapat jelaskan secara terperinci mengenai kriteria pelantikan tetap tersebut,” katanya.

Pada masa sama, Dr. Mustapha yang mewakili pegawai perubatan kontrak tetap berharap berharap lantikan tetap seperti dijanjikan pada Jun nanti akan menjadi realiti.

“Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri adalah petanda positif buat kami. Kita berharap pelan hala tuju untuk pengambilan seperti yang dinyatakan Menteri Kesihatan dapat dilakukan.

“Kita mahu, apa yang Khairy cakap itu dapat dikotakan. Semua ini, bukan untuk kami semata-mata, ini juga adalah untuk rakyat bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan perubatan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu katanya, lantikan tetap bukan sahaja memberi kebaikan kepada doktor-doktor kontrak malah memberi kebaikan kepada perubatan negara malah memenuhi pelan Menteri Kesihatan iaitu melahirkan lebih ramai pakar perubatan dalam negara.

“Bagaimanapun, saya percaya, pengumuman kerajaan ini juga merupakan satu penghargaan setelah dua tahun doktor-doktor kontrak berhempas pulas melawan Covid-19,” katanya.

-Utusan Online

Tags: caruman KWSPDoktor Kontrak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4,310 Doktor Kontrak Letak Jawatan Dalam Tempoh 7 Tahun

4,310 Doktor Kontrak Letak Jawatan Dalam Tempoh 7 Tahun

27/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Seramai 4,310 doktor kontrak meletak jawatan dalam tempoh tujuh tahun sehingga 2023, dengan 924 orang meletak jawatan...

Kabinet Belum Bincang Cadangan Naikkan Caruman KWSP

Kabinet Belum Bincang Cadangan Naikkan Caruman KWSP

08/05/2023
0

Kerajaan masih belum membincangkan cadangan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada majikan kepada 20 peratus, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd