• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Syura PAS Teliti Kedudukan Khairuddin

oleh AK-47
11/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Syura PAS akan meneliti kedudukan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai setiausahanya.

“Sebenarnya saya belum buat keputusan lagi, cuma berunding dengan kawan-kawan (dalam majlis syura). Setakat sekarang dia sudah ditarik (jawatan sebagai) anggota majlis syura daripada ahli jawatankuasa PAS pusat.

“Perlembagaan parti, setiausaha dilantik oleh Mursyidul Am. (Tetapi) Bagaimana nak lantik kalau bukan ahli majlis syura.

“Sekarang dalam perbincangan majlis syura, tetapi kalau sudah digugurkan (anggota majlis Syura), faham-fahamlah,” kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin kepada Malaysiakini.

Majlis Syura, badan tertinggi pembuat dasar dalam PAS selepas muktamar, diketuai oleh Hashim sebagai mursyidul am.

Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan Khairuddin yang juga bekas menteri digugurkan daripada jawatan setiausaha Majlis Syura PAS berkuat kuasa semalam.

Abdul Hadi berkata, jawatan itu terbatal kerana jawatankuasa pusat PAS membatalkan pelantikannya sebagai anggota majlis syura.

Khairuddin kongsi perlembagaan PAS

Sementara itu, Khairuddin ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut mengenai penggugurannya sebagai anggota majlis syura.

Sebaliknya dia hanya menghantar petikan mengenai perlembagaan PAS khususnya mengenai tatacara perlantikan dan pemecatan setiausaha majlis Syura.

Berdasarkan Perlembagaan PAS, Fasal 8 menyatakan setiausaha Majlis Syura hendaklah dilantik oleh mursyidul am dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura.

Khairuddin juga berkongsi fasal yang menyebut bahawa lantikan itu haruslah selama lima tahun dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura.

Dia juga berkongsi fasal 91 bahawa sebarang perkara berbangkit dan perselisihan

faham berkaitan perlembagaan PAS hendaklah dirujuk kepada Majlis Syura – yang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh muktamar.

MalaysiaKini-

Tags: Majlis Syura PASmohd khairuddin aman razaliPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd