• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamaludin Dilantik Jadi Pengerusi Capital A

oleh AK-47
11/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Capital A Bhd (Capital A) melantik Tan Sri Jamaludin Ibrahim menjadi Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif sebagai sebahagian transformasi berterusan kumpulan, termasuk menjenamakan semula perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Limited (AAAL) kepada AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL).

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pelantikan Jamaludin, yang juga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Bhd akan memberikan perspektif baharu dan kepimpinan yang lebih mantap bagi menyokong pertumbuhan strategik perniagaan penerbangan kumpulan.

Katanya, penukaran nama kepada AAAGL itu juga turut mencerminkan strategi pemulihan dan pertumbuhan kumpulan dengan menggabungkan semua operasi syarikat penerbangan di bawah satu entiti untuk memfokuskan pengembangan perniagaan dalam ekosistem yang lebih besar.

Di bawah struktur baharu itu, katanya, AAAGL akan menyelia semua syarikat penerbangan di bawah Capital A, selain menyokong AirAsia Consulting, perkhidmatan korporat bersama AirAsia SEA, rangkaian restoran makanan dan minuman, Santan serta pengendali perkhidmatan darat, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR).

Katanya, pembentukan lembaga pengarah baharu untuk AAAGL, yang terdiri daripada semua pengarah bebas, kecuali Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan pula adalah berasingan daripada lembaga pengarah Capital A.

“Penstrukturan semula ini dapat menyediakan platform berasingan, kukuh dan padu untuk operasi syarikat penerbangan yang menyokong Capital A untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.

“AAAGL juga akan menjadi salah satu tonggak utama Capital A, di samping perniagaan digital baharu dan syarikat kejuruteraan pesawat, Asia Digital Engineering (ADE).

“Syarikat penerbangan akan sentiasa menjadi tonggak utama perniagaan AirAsia dan kami mempunyai rancangan pertumbuhan yang kukuh untuk masa hadapan dengan pembukaan sempadan dunia serta peralihan kepada fasa endemik,” katanya selepas sidang media secara maya, hari ini.

Mengulas lanjut, Tony berkata, langkah transformasi kumpulan itu juga dapat memberikan tumpuan khusus pada perniagaan penerbangan dalam menyokong pertumbuhan yang mampan termasuk menubuhkan syarikat baharu pada masa hadapan.

Beliau berkata, keutamaan kumpulan ketika ini adalah mengumpulkan gabungan profesional terkemuka daripada pelbagai industri dan kemahiran berlainan untuk saling melengkapi sebagai lembaga pengarah.

“Mereka terdiri daripada pemain industri terbaik dalam bidang masing-masing termasuk tokoh terkenal. Barisan lembaga pengarah yang akan diumumkan dalam jangka masa terdekat ini akan memainkan peranan penting kepada kumpulan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Capital Apengerusi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua UMNO Kuala Nerus Dilantik Pengerusi PTPTN Baharu

Ketua UMNO Kuala Nerus Dilantik Pengerusi PTPTN Baharu

21/07/2022
0

PETALING JAYA : Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff, 52, dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...

Mohammad Azlan Dilantik Jadi Pengerusi Sapura Energy

29/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi, berkuat kuasa 7 Mei 2022. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd