• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koala Mungkin Akan Pupus Di Australia

oleh Mohd Arshad
11/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY : Beruang koala telah diisytihar sebagai spesies terancam pada Jumaat.

Kerajaan Australia membuat pengumuman itu selepas habitat haiwan marsupial berkenaan musnah akibat musim kemarau berpanjangan, kebakaran hutan serta penebangan pokok oleh pemaju.

Para saintis dan ahli akademik berulang kali mengeluarkan amaran mamalia ikonik Australia itu mungkin akan pupus jika kerajaan tidak bertindak dengan segera melindungi habitat haiwan tersebut.

“Penyenaraian ini mengetengahkan cabaran yang dihadapi spesies ini.

“Bersama kita boleh memastikan masa depan yang sihat untuk beruang koala ini dan keputusan tersebut akan memainkan peranan penting dalam proses itu,” kata Menteri Alam Sekitar Australia, Sussan Ley dalam satu kenyataan.

Ley berkata, beruang koala di New South Wales, Queensland dan Australian Capital Territory akan diisytihar sebagai spesies terancam daripada status spesies dilindungi sebelum ini.

Australia telah hilang kira-kira 30 peratus daripada populasi koala dalam tempoh tiga tahun lepas, kata Yayasan Koala Australia.

Jumlah populasi koala kini dalam lingkungan 58,000 daripada lebih 80,000 yang dilaporkan pada 2018.

Jelas yayasan itu, New South Wales menyaksikan pengurangan jumlah populasi koala paling teruk, iaitu kira-kira 41 peratus.

Kajian oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) mendapati lebih 60,000 beruang koala maut atau cedera akibat kebakaran hutan dalam tempoh akhir tahun 2019 sehingga awal tahun 2020.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan kawasan seluas lebih 17 juta hektar, hampir separuh daripada luas kawasan Jerman.

Kebanyakan beruang koala ditemui di hutan Eucalyptus yang terletak di kawasan timur dan persisir pantai Australia.

-Awani

Tags: AustraliaBeruang Koalapupus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd