• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Mohon Undi Pos Sehingga 18 Februari

oleh AK-47
09/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Permohonan undi pos luar negara dan dalam negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mula dibuka hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata permohonan untuk mengundi secara pos itu dilaksanakan secara dalam talian menerusi https://myspr.spr.gov.my.

“Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara bagi untuk pengundi kategori Borang 1B (warga Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) dibuka mulai hari ini sehingga 18 Februari.

“Untuk kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan petugas media) pula dibuka mulai hari ini sehingga 24 Februari nanti

“Pemohon dinasihatkan memohon lebih awal apabila tarikh permohonan dibuka bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan,” katanya.

Terdahulu SPR dilaporkan menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Pada 2 Februari lalu, pengundi Johor yang bekerja di Singapura dilaporkan boleh memohon untuk menjadi pengundi pos pada PRN.

Abdul Ghani dilaporkan berkata, pengundi berkenaan boleh mengemukakan permohonan dalam tempoh yang akan dimaklumkan SPR selepas mesyuarat khas berhubung PRN berkenaan hari ini.

BHonline-

Tags: PRN JohorSPRundi pos
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd