• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: SPR Digesa Sediakan Prosedur Galak Lebih Ramai Keluar Mengundi

oleh AK-47
09/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melaksanakan langkah-langkah penting yang dapat menggalakkan pengundi di luar kawasan turun mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Menurut kenyataan #UndiJohor, PRN yang dilaksanakan sebelum ini membuktikan, masih ramai yang terlepas peluang untuk mengundi susulan sekatan akibat pandemik COVID-19.

“Contohnya, dianggarkan terdapat 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Singapura sahaja. Daripada jumlah itu, 200,000 adalah pemilih yang layak mengundi dalam PRN Johor akan datang.

“Rakyat Malaysia, tidak kira di mana mereka tinggal, tidak seharusnya diketepikan daripada melaksanakan hak demokrasi ini,” kata #UndiJohor dalam satu kenyataan bersama semalam.

Tegasnya, menjadi kewajipan SPR untuk berunding dengan rakyat Malaysia di luar negara dan pengundi luar bagi memahami kebimbangan dan cabaran ketika mengundi, terutamanya ketika situasi penularan COVID-19.

Untuk itu, SPR digesa untuk memenuhi tuntutan berikut menjelang mesyuarat khas yang diadakan hari ini:

1. Membenarkan pengundi pulang mengundi

Adakah kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluaskan inisiatif menerusi Lorong Perjalanan Vaksin (VTL) untuk pengundi pulang mengundi.

Waktu operasi di pusat mengundi perlu dilanjutkan untuk menampung urusan dan semakan syarat sewaktu aktiviti rentas sempadan.

2. Tubuhkan pusat mengundi di luar negara

Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke tanah air, kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi di negara masing-masing boleh menjadi pusat di mana pengundi menghantar undi pos mereka. Percaturan yang sama telah dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

3. Pengundian awal bagi pelajar di kampus

Bagi pelajar yang kini berada di kampus dan sedang menjalani peperiksaan, kemudahan khusus perlu disediakan untuk memudahkan pengundian awal. Ini juga akan mengurangkan keperluan untuk mereka pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

4. Membolehkan pengundian pos untuk pengundi Johor di Sabah dan Sarawak

SPR di negeri Sabah dan Sarawak hendaklah membantu mengutip undi dan menghantarnya ke Johor.

Kenyataan bersama ini dikeluarkan 43 badan persatuan termasuk Persatuan Pengundi Muda (Undi18), Research for Social Advancement (REFSA), Institute for Research & Development of Policy (IRDP), The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

#UndiJohor merupakan sebuah inisiatif di bawah @UndiNegaraku dan @UNDI18MY untuk menggalakkan penglibatan anak muda Johor bagi membudayakan amalan demokrasi.

-Awani

Tags: gesaanPRN JohorProsedurSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd