• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM ‘Serbu’ MARA Ambil Dokumen Penting

oleh Mohd Arshad
07/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu sekurang-kurang tiga pejabat berkaitan MARA di ibu negara bagi membantu siasatan berhubung dakwaan isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan agensi berkenaan.

Beberapa pegawai SPRM difahamkan hadir di pejabat berkenaan bermula jam 9 pagi tadi dipercayai untuk mengambil beberapa dokumen berkaitan yang boleh membantu siasatan berkenaan.

Selain ibu pejabat MARA di Jalan Mara, pegawai SPRM juga dikatakan ke syarikat pelaburan MARA dan sebuah syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi BH, mengesahkan kehadiran pegawai berkenaan namun beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Percubaan BH untuk mendapat maklum balas dari MARA bagaimanapun masih belum berhasil.

BH difahamkan, ketika ini SPRM sudah memulakan siasatan termasuk mengumpul beberapa dokumen penting berhubung salah guna kuasa itu dan dijangka memanggil beberapa individu termasuk saksi bagi memberi keterangan.

Hingga kini tidak dapat dipastikan sama ada lima pegawai MARA yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa sudah tampil memberi keterangan kepada SPRM.

SPRM dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan pihaknya memandang serius dakwaan wujudnya isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan yang sedang disiasat secara dalaman oleh MARA.

Agensi itu menjelaskan, mereka juga sudah terima satu aduan berkaitan isu itu dan akan memulakan siasatan hari ini dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.

Siasatan itu akan dijalankan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan.

Bagaimanapun, semalam BH melaporkan lima pegawai MARA yang dikaitkan itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, awal pagi semalam.

Semua mereka menafikan terbabit dalam perbuatan salah guna kuasa seperti yang dilaporkan dalam satu dokumen yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu dan turut mendakwa individu yang menandatangani dokumen berkenaan melakukan fitnah terhadap mereka.

Seorang daripada mereka dalam laporannya, turut mendakwa mengesyaki individu yang menandatangani dokumen itu cuba mengalih perhatian Pengerusi MARA terhadap isu salah guna kuasa yang dilakukannya sendiri.

-Berita Harian

Tags: Dokumen PentingMARASerbuSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd