• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon MCA Tanding Di DUN Johor Jaya

oleh AK-47
06/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG : Barisan Nasional (BN) akan sekali lagi meletakkan MCA untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon MCA dijangka menentang calon DAP sekali gus menyaksikan pertembungan tradisi antara kedua-dua parti tersebut.

“Saya menyeru 35,000 orang Melayu atau 39 peratus yang ada dalam DUN Johor Jaya supaya bersatu dan memilih parti yang boleh membawa kestabilan kepada negeri dengan menyokong calon BN.

“Buat apa kita (orang Melayu) berpecah dan hidup susah, kalau kita pecah tiada siapa pandang kita. (Dalam PRN Johor nanti) banyak sangat parti, bila mereka (parti bukan BN) menang akan buat tak tahu sahaja (tidak ambil peduli masalah kawasan).

“Hanya BN yang boleh beri jaminan, bantuan, panduan dan naungan. Jadi bulatkan tekad dan tentukan BN menang. Kalau MCA menang akan beri khidmat kepada kita dan bukan semata-mata menang kerusi,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata demikian ketika berucap dalam majlis pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Molek Harmoni di Taman Desa Harmoni di sini pada malam Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon MCA, Datuk Tan Cher Puk yang bertanding kerusi DUN Johor Jaya atas tiket BN tewas kepada calon DAP, Liow Cai Tung dengan 15,565 majoriti undi.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pengundi perlu faham mengapa PRN tersebut diadakan iaitu mahu mengukuhkan kerajaan negeri yang merupakan asas penting sesebuah negeri atau negara.

Bekas Menteri Besar Johor itu mendakwa, jika kerajaan negeri tidak stabil, rakyat dilihat tidak ada masa depan dan terumbang-ambing.

Menurutnya, mereka perlu mengundi BN yang mampu memberikan kestabilan apatah lagi UMNO adalah parti teras dan parti akar umbi dalam gabungan tersebut, tidak seperti gabungan lain.

“Cuba beritahu saya, dalam PN (Perikatan Nasional) siapa parti teras, tiadakan? UMNO adalah parti akar umbi dan sebab itu bila kalah dalam PRU14, UMNO masih ada sehingga kini.

“Malah walaupun kalah dalam PRU14, kita terus menjaga kebajikan masyarakat dengan terus memberikan bantuan. Kita jangan jadi seperti PRU14 yang mengundi berdasarkan emosi dan persepsi,” katanya.

-Awani

Tags: DUN Johor JayaMCAPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd