• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

oleh AK-47
04/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada PRN Johor tidak lama lagi.

Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata segala kelemahan dan kekuatan yang ada pada jentera PN, terutama BERSATU dijadikan panduan untuk menggerakkan jentera gabungan itu bagi menghadapi PRN Johor.

“Kita mencuba sedaya upaya dan kita jadikan PRN Melaka sebagai iktibar bagi menggerakkan jentera PN pada PRN Johor. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan bagi memastikan calon kita menang, insya-Allah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 15 pusat tahfiz al-Quran dalam Parlimen Masjid Tanah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini hari ini.

Setiap pusat berkenaan menerima sumbangan antara RM1,500 hingga RM3,000 membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM40,000.

Pada PRN Melaka, PN meletakkan calon di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi hanya menang dua, iaitu DUN Sungai Udang dan Bemban, malah Mas Ermieyati sendiri yang dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika PN berjaya membentuk kerajaan negeri, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) di Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Ketua BERSATU bahagian berkenaan, berkata Srikandi bakal menggerakkan Sri 10, iaitu kumpulan wanita yang mengenal pasti jumlah pengundi di sesuatu kawasan untuk diberikan penjelasan mengenai hala tuju PN.

Beliau juga memaklumkan, kempen jentera pilihan raya PN bukan setakat ditumpukan kepada pengundi berusia 18 hingga 21 tahun, sebaliknya semua peringkat umur.

“Gerak kerja kita bermula dari pengundi berumur 18 tahun ke atas dan kita lihat bagaimana untuk menyantuni pengundi,” katanya.

BHonline-

Tags: BNPNPRN JohorPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd