• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Kualiti Air Jejaskan 31,750 Akaun Pengguna Di Terengganu

oleh Mohd Arshad
04/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong sejak beberapa hari lalu menjejaskan 31,750 akaun pengguna di daerah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (Satu), Abdul Karim Endut berkata, fenomena air pasang surut dijangka berlaku sehingga Mac nanti dan pengguna akan berisiko mengalami gejala air masin atau payau sepanjang tempoh tersebut.

“Seperti sebelum ini, Satu akan bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meningkatkan aliran air hulu sungai bagi mengurangkan kesan air pasang besar ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis malam.

Menurut beliau, Satu telah menerima bantuan daripada Stesen Janakuasa Elektrik TNB Tasik Kenyir bagi melepaskan air daripada empangan Kenyir untuk menolak kemasukan air masin dalam memastikan kualiti air yang dibekalkan pengguna tidak terjejas.

“Pihak TNB sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku.

“Bacaan tahap kemasinan air yang dibekalkan juga akan dipantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Gangguan kualiti menyebabkan air bertukar payau itu melibatkan 24 kawasan daerah ini iaitu Kampung Losong, Kampung Kubang Buyong, Kampung Paloh, Kampung Pulau Rusa, Kampung Kuala Bekah, Kampung Pulau Musang, Kampung Sungai Rengas, Kampung Kubang Tangga, Kampung Durian Burung, Kampung Bukit Kubang Jambu, Kampung Wakaf Che Kapur, Kampung Kubang Parit.

Turut terjejas ialah Kampung Pulau Kambing, Chabang Tiga, Kampung Tokku, Kampung Seberang Baroh, Kampung Hiliran, Kampung Bukit Kecil, Kampung Pasir Panjang, Kampung Gong Kapas, Kampung Panji Alam, Kampung Gong Pak Maseh, Jalan Budiman dan kawasan sekitar.

“Satu akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi kami seperti laman sesawang www.satuwater.com, my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram dan Linkedin.
“Pengguna juga boleh hubungi careline di talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan,” katanya.

-Awani

Tags: Gangguan Kualiti AirTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd