• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Banduan Mati Dipukul Dengan Rotan

oleh Mohd Arshad
03/02/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING: Niat seorang bekas banduan untuk mencari kerja di daerah ini selepas baru sebulan keluar dari penjara berakhir tragedi apabila maut dipukul hingga mati di Jalan Dato Onn, Mersing Kanan, di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun disyaki dipukul menggunakan rotan oleh tiga lelaki yang menaiki Proton Iswara, sebelum melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Beliau berkata, kejadian berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik penghuni sebuah rumah di lokasi kejadian.

“Sebelum kejadian, mangsa bergaduh dengan tiga suspek dan selepas dipukul, semua suspek melarikan diri dan meninggalkan mangsa dalam keadaan terbaring.

“Punca pergaduhan dipercayai perbalahan antara suspek dan mangsa berkaitan dadah.

“Mangsa meninggal dunia dipercayai akibat cedera parah di bahagian leher dan pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk bedah siasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mersing hari ini.

Shahurinain berkata, dua daripada empat suspek berusia 31 dan 32 tahun berjaya ditahan di sebuah rumah di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, kira-kira 3.15 petang tadi.

“Dua lagi suspek berusia 34 dan 43 tahun sedang diburu pihak polis.

“Mangsa mempunyai 11 rekod jenayah lalu membabitkan lapan kes berkaitan dadah dan tiga kes jenayah, manakala semua suspek juga mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

BHonline-

Tags: bekas banduandadahdipukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd