• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Telur Di Terengganu Dijangka Pulih

oleh Mohd Arshad
03/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Masalah kekurangan bekalan telur di negeri ini yang berlarutan lebih sebulan dijangka pulih dalam masa terdekat.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya telah menjalankan pemantauan di 26 pasar raya utama di seluruh negeri susulan aduan dan rungutan yang diterima daripada orang ramai dan laporan di media massa.

Bagaimanapun, pihaknya mendapati hanya 30 peratus daripada premis berkenaan yang terputus bekalan telur manakala selebihnya masih membekalkan bahan makanan tersebut kepada pengguna seperti biasa.

“Pasar raya yang terputus bekalan telah pun membuat tempahan dengan pemborong dan edaran akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Jadi saya minta orang ramai supaya tidak panik dan melakukan pembelian dalam kuantiti luar biasa selepas ini kerana ia akan menyebabkan masalah sama berulang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Saharuddin, masalah kekurangan bekalan yang berlaku sejak kebelakangan ini adalah disebabkan perubahan cuaca dan kenaikan kos makanan ayam telur serta upah buruh yang mendadak.

Katanya, pada November tahun lepas, anggaran bekalan telur yang diagihkan ke pasaran ialah 900,000 biji, tetapi mencatat penurunan sekali ganda iaitu 450,000 biji pada Disember tahun lalu.

Pada masa sama, beliau turut memberi amaran tegas kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga telur sesuka hati pada waktu krisis.

“Peniaga yang menaikkan harga telur dengan alasan kekurangan bekalan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang jika sabit kesalahan, syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

“Bagi individu pula, denda sehingga RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Bekalan TelurpulihTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd