• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran 80 Peratus Kanak-Kanak Terima Dos Pertama Dalam 6 Bulan

oleh Mohd Arshad
03/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 80 peratus daripada kanak-kanak berumur 7 hingga bawah 12 tahun dan 60 peratus kanak-kanak berumur 6 tahun menerima dos pertama dalam tempoh enam bulan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kanak-kanak (PICKids).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM juga menyasarkan 60 peratus kanak-kanak berusia 5 tahun menerima dos pertama dalam tempoh 12 bulan.

“KKM juga menyasarkan sebanyak 80 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun akan melengkapkan dos kedua selepas lapan minggu menerima dos pertama.

“Setakat ini juga, belum ada apa-apa syor daripada pasukan pakar berkenaan dos penggalak kepada golongan kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran PICKids di Hospital Tunku Azizah, di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, bekalan vaksinasi bagi program itu juga adalah mencukupi dan KKM akan meneruskan usaha bagi membina keyakinan kepada ibu bapa bagi mendaftar vaksinasi untuk anak-anak mereka.

“Bagi pemberian vaksin terhadap kanak-kanak di kawasan pedalaman pula, KKM akan menggunakan rangkaian klinik-klinik kerajaan serta sekolah-sekolah yang akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti PICK bagi remaja bawah 18 tahun,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19Vaksin kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd