• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teguran Tun M Tak Semestinya Dipersetujui – Hishammuddin

oleh AK-47
19/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhak untuk menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tidak semestinya pandangan itu dipersetujui.

Menegaskan demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang mempunyai pendirian dan pandangan tersendiri serta tidak lokek dalam memberi teguran kepada kepimpinan negara.

Hishammuddin bagaimanapun secara peribadi berpendapat teguran itu seharusnya dinilai dengan melihat prestasi dan cara Najib melaksanakan tanggungjawabnya.

“Sebagai contoh, jika kita mengambil kira apa yang dilakukan Najib dalam insiden MH17, saya tahu tidak ramai pemimpin di luar sana yang mampu lakukan apa yang telah Najib lakukan.

“Sekiranya Najib tidak mengambil pendirian yang berani untuk berdepan dengan pihak pemisah hari itu, tidak mungkin saya dapat berdiri di sini untuk menguruskan jenazah kembali ke tanah air,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat kepada editor kanan berhubung persiapan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di sini, Selasa.

Hishammuddin berkata adalah sesuatu yang menyedihkan jika usaha yang dilakukan Najib dalam memastikan keadilan kepada mangsa dan anggota keluarga pesawat MH17 itu gagal dinilai orang ramai.

Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Mayat mangsa diambil oleh puak pemisah dan Najib mengambil inisiatif untuk berbincang dengan kumpulan itu yang kemudiannya bersetuju untuk memulangkan mayat kepada kerajaan Belanda.

Hishammuddin seterusnya menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk mengaibkan pandangan Dr Mahathir.

Semalam, Dr Mahathir membuat kenyataan menarik balik sokongan kepada Najib kerana mendakwa prestasinya lebih buruk daripada perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu dinyatakan di blognya www.chedet.cc dan Dr Mahathir berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menegur kepimpinan negara, kerana sayang kepada bangsa dan negara. – BERNAMA

Tags: Tun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd