• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Sambut Baik Ketetapan PAS

oleh Mohd Arshad
31/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Seramai 10 Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kawasan Utara Johor menyambut baik ketetapan yang dibuat Pas untuk terus bersama parti itu menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) atas nama Perikatan Nasional (PN).

Pas mencapai persetujuan dengan Bersatu menerusi Resolusi muzakarah pada 28 dan 29 Januari antaranya memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua parti sebagai ‘satu pasukan’ sehingga peringkat jentera akar umbi selain menyertai PRN Johor sebagai PN.

Menurut kenyataan itu, kesemua 10 Ketua Penerangan Bersatu itu turut sebulat suara mengutuk tindakan tidak bermaruah dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang keluar parti selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan.

“Kami mengutuk perbuatan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan ADUN Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad yang keluar parti selepas DUN Johor dibubarkan.

“Tindakan mereka ini bagaimanapun sudah dijangka, serta tidak menjejaskan perpaduan Bersatu Johor dan ukhuwah PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikongsi Ketua Penerangan Bersatu Pagoh, Ledang, Labis, Muar, Bakri, Batu Pahat, Sembrong, Segamat, Sri Gading dan Air Hitam.

Menerusi Resolusi Muzakarah Pas Bersatu itu, kedua-dua parti mencapai persetujuan atas perkara yang disepakati iaitu mendukung ‘prinsip bersama’ di atas nilai integriti, kejujuran, kestabilan dan perpaduan yang inklusif serta menuju visi dan hala tuju bersama ke arah mengukuhkan PN, menolak budaya, politik ekstrem dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.

Secara bersama juga, Pas dan Bersatu akan mengambil daya usaha untuk melonjakkan sokongan undi penentu dalam kalangan pengundi atas pagar dan anak muda melalui penjenamaan dan mesej jelas yang diterima rakyat.

Menerusi persetujuan itu turut mempertegaskan sokongan Pas dan Bersatu dalam kerajaan Persekutuan adalah bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi atas nilai integriti, anti rasuah dan berkebajikan.

-Utusan Online

Tags: BERSATUPASPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd