NAMPAKNYA berita hiburan hari ini dipenuhi dengan kisah kontroversi yang melanda aktres jelita Tasha Shilla.
BACA: Bangga Tayang Perut.. Tasha Shilla Teruk Dicemuh Netizen
Terbaharu, kami dikejutkan dengan khabar bahawa hubungan cinta antara Tasha dengan peninju Muay Thai, Hans Wong yang dikatakan sudah putus tiba-tiba dah bertaut kembali.
Khabar ini timbul apabila Tasha dilihat memuatnaik gambarnya bersama Hans malam tadi dengan kapsyen romantis, always (love) dalam Instagram miliknya.
Kalau betul baguslah, tapi yang anehnya… tak lama kemudian Tasha memadam foto mesra tersebut.
Menerusi portal Murai, teraju utama drama Nasuha ini enggan mengulas lanjut tentang hal tersebut.
“Salam, Tasha mohon maaf kerana Tasha tidak ada apa yang nak dikomenkan,” dikatakan, demikian jawapannya menerusi WhatsApp.
Dalam pada itu, kami pasti baju berona merah jambu yang menjadi kontroversi apabila dikenakan Tasha untuk menghadiri acara fesyen semalam adalah persalinan sama yang dipakai dalam gambar selfienya bersama Hans.

Sebelumnya, hubungan cinta pasangan ini dikatakan sudah berakhir dan ada pihak mengaitkannya dengan penyanyi Kaka Azraff sebagai punca.
Bagaimanapun, Kaka menafikan dakwaan yang tersebar tersebut.
Tak apalah, kita nantikan saja masanya untuk Tasha membuka cerita sebenar kelak.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=_uuPpF5d7EA

