• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairuddin Dakwa Dasar PH Tidak Mesra Islam

oleh AK-47
30/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa dasar Pakatan Harapan (PH) tidak mesra Islam dan dipenuhi dengan pejuang ‘evangelis’.

Beliau mendakwa, ada yang dalam PH dilihat Islamis tetapi memperjuangkan pemikiran Islam yang liberal tanpa keterikatan pada hukum dan bersifat ‘post islamisme’ (pasca islamisme) yang mencabut akar umbi pemikiran gerakan Islam.

“Pas berhadapan dengan PH atas dasar prinsip perjuangan yang jelas.

“Berantakannya Pakatan Rakyat yang akhirnya melahirkan PH adalah atas asas pertembungan dengan dasar Islam yang dibawa oleh Pas sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama,” kata Khairuddin dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Pakatan Rakyat sebelum ini ditubuhkan pada tahun 2008 hasil kerjasama DAP bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tetapi ia kemudiannya dibubarkan pada tahun 2015.

Mohd Khairuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus menambah, perjuangan Pas adalah berprinsip dan jelas bersandarkan kepada panduan al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qias yang tiada keraguan padanya.

-Awani

Tags: dasarKhairuddinPH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

03/06/2026
0

SEDANG berlegar naratif konon Barisan Nasional (BN) Johor akan "berkawan semula" dengan Pakatan Harapan (PH) jika BN Johor menang dalam...

PH Tekad Menang PRN, Mahu Pimpin Perubahan Di Johor – Dr Zaliha

PH Tekad Menang PRN, Mahu Pimpin Perubahan Di Johor – Dr Zaliha

31/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan tekad bukan sekadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd