• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Kecil Terjejas Minyak Peket Tiada

oleh AK-47
28/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT : Ketiadaan minyak masak peket menjejaskan golongan peniaga makanan terutama peniaga kecil-kecilan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peniaga ayam gunting, Nurul Azmera Baharum, 27, berkata, sejak empat hari lalu, dia terpaksa mengeluarkan modal lebih untuk membeli minyak masak botol.

Katanya, minyak masak botol berharga dua kali ganda lebih mahal berbanding minyak peket bersubsidi dan sebagai peniaga ayam gunting, dia memerlukan kira-kira 15 kilogram minyak sehari.

“Sejak kebelangan ni sukar hendak mendapatkan bekalan minyak masak peket terutama menjelangnya sambutan Tahun Baharu Cina.

“Sebagai peniaga, kami berharap dapat mengurangkan kos dengan membeli minyak masak peket, namun sekarang terpaksa beli minyak botol kerana tiada minyak peket,” katanya di sini semalam.

Suaminya, Nozlanshah Tumino, 29, pula berkata, masalah bekalan minyak masak peket sudah lama berlarutan dan ia menjadi sangat kritikal setiap kali tiba musim perayaan.

“Kami sudah lebih enam tahun berniaga dan masalah minyak masak peket ini seperti tiada penyelesaian sedangkan negara kita pengeluar minyak masak.

“Ada yang kata minyak masak peket hanya untuk isi rumah sahaja, tapi pada peniaga kecil seperti kami, kami sangat memerlukan minyak masak peket untuk mengurangkan kos perniagaan memandangkan harga barang lain juga sudah naik,” katanya.

Nozlanshah mencadangkan pihak berwajib mengeluarkan kad khas kepada golongan peniaga kecil untuk mendapatkan minyak masak peket atau membeli pada harga subsidi.

“Pihak berwajib kena mengambil berat isu ini terutamanya buat peniaga kecil seperti kami. Kalau sudah beli minyak pada harga mahal, dengan harga barangan lain juga semakin meningkat, bagaimana kami hendak dapat untung?

“Sedangkan sekarang kami terpaksa beli minyak masak botol yang harganya dua kali ganda, kami terpaksa berdepan dengan keuntungan yang sedikit. Kalau hendak naik harga makanan, pelanggan pula akan merungut,” katanya.

Seorang pengguna, Mohd. Hafiz Zulkifli, 30, pula berkata, pada ketika ini begitu sukar mendapatkan minyak masak peket di pasar raya dan di kedai runcit.

Katanya, terdapat pemilik kedai runcit yang tidak mahu menjual minyak masak peket kepada pelanggan jika tidak membeli barangan lain di kedai mereka.

“Saya ada dengar cerita ada kedai runcit yang memaksa pelanggan membeli barangan lain seperti gula atau tepung gandum sekiranya mahu membeli minyak masak peket,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Minyak Paketpeniaga kecil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salur Semula Subsidi Pukal Untuk B40, M40 Dan Peniaga Kecil

Salur Semula Subsidi Pukal Untuk B40, M40 Dan Peniaga Kecil

13/12/2022
0

PUTRAJAYA - Malaysia dilihat perlu menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah mengekalkan kumpulan...

Penjaja, Persatuan Teksi Lega Darurat Tak Dilaksana

26/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd