• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Perak Sudah Terima Penjelasan Bertulis Terrence Naidu

oleh Mohd Arshad
27/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : DAP Perak sudah menerima penjelasan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu berhubung isu penahanannya di sebuah kelab malam di Perai, Pulau Pinang 13 Januari lalu.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, dalam penjelasan bertulis itu Terence turut memaklumkan keputusan ujian air kencing yang dijalankan untuk kali kedua adalah negatif.

“ADUN Pasir Bedamar sudah mengemukakan penjelasan dan hari kedua terus pergi ke makmal untuk membuat ujian air kencing kedua, keputusannya dibuktikan adalah negatif.

“Oleh kerana itu, kita tunggulah keputusan siasatan,” katanya apabila diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kes Terence.

Justeru, Kor Ming berkata, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu sehingga siasatan selesai.

“Jadinya…we cannot rule out, mungkin ada kesilapan semasa ujian pertama kerana semasa ujian kedua membuktikan negatif.

“Saya tidak mahu memberi ulasan lebih lanjut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan ADUN Pasir Bedamar Terrence Naidu, kononnya minumannya dicampur dengan dadah sebelum ditangkap dalam satu serbuan baru-baru ini di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, siasatan akan dijalankan sepenuhnya, sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Terence Naidu dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa dihidangkan minuman ‘aneh’ sebelum ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang kerana disyaki positif dadah.

-Berita Harian

Tags: DAPTerrence Naidu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd