• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: BN, UMNO Ketepi Pas, Bersatu, Buat Keputusan Bubar DUN

oleh Mohd Arshad
23/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI: Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat secara unilateral tanpa melibatkan perbincangan antara parti yang membentuk kerajaan negeri sedia ada.

Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri berkata keputusan pembubaran itu hanya melibatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), sekali gus mengetepikan Bersatu dan Pas.

“Saya tidak pasti sama ada perlu dapat persetujuan parti (yang membentuk kerajaan sedia ada) atau tidak, tapi (keputusan pembubaran) memang tidak ada minta pandangan kami, sama ada daripada Bersatu atau PAS,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Senai di sini hari ini.

Mengenai PRN Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang itu berkata Bersatu Johor sedia menyahut cabaran dan yakin mampu menubuhkan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN).

“Jentera Bersatu di 26 bahagian telah ditubuhkan sejak tahun lepas dan kami sudah lantik jawatankuasa setiap biro, bahagian, parlimen, DUN serta pusat daerah mengundi (PDM), malah perbincangan pembahagian kerusi bersama parti komponen sudah dimulakan tetapi belum dimuktamad,” katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan Pas (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).

Bernama-

Tags: BNDUN JohorPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd