• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Bersatu Hormat Keputusan Hasni – Faizal Azumu

oleh Mohd Arshad
23/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghormati keputusan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) perlu melakukan proses seterusnya untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kita hormati keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar dan telah disembah maklum kepada ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Johor dan baginda telah berkenan.

“Maka SPR perlu melakukan proses yang seterusnya dan perlu diadakan pilihan raya di negeri Johor. Tentunya Bersatu akan mengambil bahagian dan kami akan bincang dengan rakan-rakan strategik kami di dalam Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penutup Seminar Pendigitalan Perniagaan anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di Ipoh, pada Ahad.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang membayangkan kemungkinan untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO pada PRN Johor.

Pada Sabtu, Tuan Ibrahim berkata, perbincangan mengenai sama ada Pas akan bekerjasama dengan UMNO atau tidak, hanya akan dibuat selepas Dewan DUN dibubarkan.

Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor pada Sabtu bagi memberi laluan kepada PRN negeri itu.

Awani-

Tags: BERSATUFaizal AzumuPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan" Demiikian saranan Penolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd