• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umno Ambil Kesempatan Dalam Kesempitan – PH Johor

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kluang : Pakatan Harapan (PH) Johor tetap dengan pendirian bahawa pada ketika ini sebenarnya bukan masa yang sesuai untuk pilihan raya.

Menerusi kenyataan bersama itu, pembangkang berkata, tindakan mencetuskan PRN oleh Umno sebagai helah untuk ambil kesempatan ketika ramai rakyat di negeri ini yang berhadapan kesukaran untuk pulang mengundi.

“Saat virus covid, Omicron, bencana banjir, isu ekonomi dan sebagainya yang sedang kita hadapi.

“Kerana itulah PH Johor sebagai blok pembangkang terbesar di Dewan Negeri sudah memberikan kerjasama agar pentadbiran kerajaan berjalan dengan baik.

“Penggal pentadbiran berbaki kurang lebih setahun sahaja lagi. Mengapa tidak boleh tunggu sehingga keadaan kesihatan dan ekonomi lebih stabil?” katanya.

Dalam kenyataan itu, PH yakin perkara itu adalah kerisauan dan hasrat rakyat biasa, pada ketika ini.

“Bahkan pelaksanaan pilihan raya negeri yang bakal menelan belanja sekurang-kurangnya RM150 juta adalah suatu pembaziran wang rakyat.

“Malangnya, Umno tidak empati kepada rakyat yang sedang berada dalam keadaan sukar,” katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah pilihan raya yang dipaksakan dan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat.

“Apa pun, PH Johor akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mempersiapkan diri berhadapan situasi ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: PHPRN JohorUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd