• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden, Timbalan Presiden UMNO Ke Johor Selasa Ini

oleh Mohd Arshad
22/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, akan ke Johor Bahru pada Selasa dan Rabu ini bagi memperincikan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) jika ia sah akan diadakan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata jadual kedatangan dua pemimpin tertinggi UMNO itu sudah disiapkan sebagai persiapan awal.

“Jika PRN Johor berlaku, maka UMNO Pusat akan membantu dari pelbagai sudut.

“Dalam jadual saya, Presiden dan Timbalan akan ada di Johor Bahru pada Selasa dan Rabu ini bagi memperincikan desas-desus PRN Johor yang akan diadakan.

“Isu teknikal PRN Johor, termasuk semua prosedurnya kita serahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar untuk menyelesaikannya dulu.

“Di peringkat Pusat, kita bersedia hadapi apa juga kemungkinan berhadapan PRN dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir sebagai wakil UMNO Pusat pada Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, hari ini.

Ditanya sama ada UMNO akan bekerjasama dengan PAS jika PRN diadakan, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, belum ada sebarang keputusan mengenai perkara itu buat masa ini.

Katanya, ketetapan sebelum ini Barisan Nasional (BN) akan bergerak bersendirian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15) nanti.

“Berhubung Muafakat Nasional (MN) dan kenyataan dikeluarkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang memberi bayangan akan bekerjasama dengan UMNO untuk PRN Johor, kita tiada sebarang ketetapan lagi setakat ini.

“Sebenarnya, tiada parti di luar gabungan BN yang membuat permintaan secara rasmi untuk bekerjasama dengan UMNO bagi PRN Johor jika ia diadakan.

“Namun melihat kepada prestasi PRN Melaka, maka itu yang kita akan lakukan di Johor jika PRN diadakan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Presiden UMNOPRN JohorTimblan Presiden UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd