• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terus Komited Terhadap Usaha Haram Senjata Nuklear

oleh AK-47
22/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia mengesahkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap pengharaman senjata nuklear dan akan terus bekerjasama erat dengan negara-negara lain ke arah mewujudkan dunia yang bebas ancaman senjata nuklear.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini, berkata Malaysia membuat kenyataan itu sempena ulang tahun pertama penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) pada hari ini.

“Malaysia percaya bahawa TPNW mengukuhkan norma global bahawa ancaman senjata nuklear tidak boleh diterima sama sekali dan adalah penting bagi perjanjian itu diterima pakai semua pihak dengan kadar segera.

“Pada kesempatan ini, Malaysia terus menggalakkan negara-negara lain untuk mempercepatkan penyertaan mereka terhadap triti berkenaan sebagai menzahirkan komitmen mereka terhadap pelucutan senjata secara umum dan lengkap serta penghapusan senjata nuklear sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Perjanjian itu adalah surat cara antarabangsa pertama yang mengharamkan segala aktiviti yang berkaitan dengan senjata nuklear, termasuk pembangunan, pengujian, pembuatan, perolehan, pemilikan, penyimpanan, penempatan dan penggunaannya.

Malaysia menandatangani TPNW sebaik sahaja ia dibuka untuk ditandatangani pada 20 September 2017 dan meratifikasi perjanjian itu pada 30 September 2020, sekaligus menjadikannya sebagai negara pihak ke-46 kepada TPNW.

Sehingga kini, 86 negara telah menandatanganinya dan 59 negara telah meratifikasi perjanjian itu.

-Berita Harian

Tags: senjata nuklear
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkaan Rusia Guna Senjata Nuklear Di Eropah Bakal Jadi Kenyataan

16/04/2022
0

WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) menjangkakan Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan melaksanakan taktikal menggunakan senjata nuklear tenaga rendah selepas peperangan...

Rusia Akan Guna Senjata Nuklear Jika Negara Diancam

23/03/2022
0

MOSCOW – Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memaklumkan Rusia hanya akan menggunakan senjata nuklear sekiranya kewujudan mereka sebagai sebuah kerajaan diancam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd