• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

99.9 Peratus Akar Umbi Puas Hati Gugur Mohd. Khairuddin

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG : Sebanyak 99.9 peratus akar umbi Pas berpuas hati dengan keputusan parti itu menggugurkan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, tiada keperluan untuk parti itu membuat penjelasan lanjut atau rasmi berhubung isu melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan walaupun ada segelintir pemimpin yang mendesak.

Jelasnya, pengguguran Mohd. Khairuddin adalah berhubung soal disiplin dan ia merupakan hal dalaman parti yang hanya untuk pengetahuan ahli-ahli tanpa perlu dihebohkan kepada masyarakat.

“Tak perlu (penjelasan rasmi), itu pandangan terpencil dan sehingga ini saya mendapat maklumat daripada akar umbi, 99.9 peratus berpuas hati,” katanya kkepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Mohd. Khairuddin sebelum ini digugurkan sebagai AJK Pas, selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Pas menjelaskan pengguguran Mohd. Khairuddin tidak ada kena-mengena dengan soal pendirian terhadap Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, sebelum memutuskan untuk menggugurkan Mohd. Khairuddin, beberapa tindakan awal sudah diambil termasuk menasihatkan pemimpin itu.

“Dia belum dipecat, cuma digugurkan sahaja daripada AJK dan sebelum daripada itu pun ada isu disiplin, kita sudah nasihat dan membuat tindakan awal.

“Soal pengganti kita akan lihat jika ada keperluan sebab setakat ini parti berjalan macam biasa,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Mohd. KhairuddinPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd