• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mapim Sarawak Gesa Kaji Semula Peruntukan RMT

oleh Mohd Arshad
21/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching : Kadar peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu dikaji semula memandangkan harga barangan kian meningkat ketika ini.

Pemangku Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim) Sarawak Datuk Rozalix Ediwahab berkata, di Sarawak misalnya, kadar sedia ada sudah tidak relevan dengan peningkatan harga barangan.

Katanya, ia lebih-lebih lagi membabitkan sekolah di luar bandar dan pedalaman, sekali gus boleh mengundang berlakunya penyedia RMT hanya menghidangkan nasi putih dan kuah.

“Peruntukan yang diberikan masih pada kadar lama sedangkan sekarang harga barangan meningkat.

“Maka, ini wajar dijadikan sebagai pertimbangan kerana ia secara tidak langsung turut menaikkan kos kepada pembekal RMT terutama bagi sekolah di kawasan di luar bandar dan pedalaman,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Kadar peruntukan RMT ketika ini ialah RM2.50 untuk pelajar di Semenanjung dan RM3 bagi pelajar di Sarawak, Sabah serta Labuan.

Justeru, Rozalix berkata, peruntukan yang mencukupi harus diberikan bagi memastikan makanan yang disediakan kepada pelajar berkualiti.

Katanya, pada masa ini, ramai pembekal RMT mengeluh disebabkan bajet yang kecil tetapi mereka tetap mengusahakannya.

RMT dilaksanakan sebagai makanan tambahan kepada pelajar sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan rendah bagi meningkatkan tahap kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan mereka.

-Harian Metro 

Tags: MapimPeruntukan RMT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Lelaki Maut Dibunuh Abang Teman Wanita, Polis Tahan 5 Lagi

Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) pada Isnin menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza...

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan Harga Hingga 40% – MAPIM

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan Harga Hingga 40% – MAPIM

24/01/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga makanan dan minuman yang dijual di gerai dan restoran terpaksa dinaikkan sehingga 10 hingga 40...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd