• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

oleh AK-47
20/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya diberi makan nasi dan kuah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau dimaklumkan mengenai dakwaan terbabit yang tular di media sosial dan sudah mengarahkan siasatan dilakukan.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT.

“Saya memandang serius dakwaan itu dan arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terbabit,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dr Radzi berkata, KPM tidak berkompromi dalam hal yang membabitkan kebajikan murid.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit turut memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang diberitahu cucu saudara kepada ibunya bahawa ia makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” tulisnya.

-Harian Metro

Tags: RMT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sudahlah Dana RMT Dipotong, Kini Ada Syarat Pelik

15/11/2018
0

KANTOI... Setelah malu terbongkar rahsia peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada 2019 dipotong hampir RM10 juta, kini satu lagi berita...

Isu RMT: Maszlee ‘Terkutuk’ Muhyiddin Sendiri?

13/11/2018
0

KANTOI... Niatnya mungkin mahu cuba cari salah era Barisan Nasional (BN) dalam isu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi alih perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd