• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudahlah Dana RMT Dipotong, Kini Ada Syarat Pelik

oleh
15/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Setelah malu terbongkar rahsia peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada 2019 dipotong hampir RM10 juta, kini satu lagi berita buruk skim ini tular menerusi media sosial.

Ia mula didedahkan seorang pengguna akaun sosial Twitter yang hanya mahu dikenali dengan nama Ajeling apabila memuat naik tangkap layar permohonan jirannya ditolak waima pendapatan kecil pemohon itu boleh dianggap B40.

Dia kicau: “Salam Dr. Maszlee, kenapa kriteria baru layak RMT untuk gaji RM580 ke bawah walhal upah minimum seluruh negara RM1,100? PGK Nasional terbaru pun RM980. Kenapa tak terus dengan kelayakan sebelum ni?”

Ajeling turut dakwa: “Selama ni anak jiran aku dapat aja RMT, untuk tahun depan pula tak dapat padahal gajinya sama je. Kalau ni kriteria lama, kenapa tak diperbaharui? Perkapita RM140 is so last year. #justice4anakjiran”

Kicauan netizen itu tular dalam kalangan pengguna media sosial dan ramai mendakwa Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang selama ini dijadikan panduan asas penerima skim RMT sebagai tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Malahan beberapa netizen mendakwa, selama ini ramai pemohon bergaji RM2,000 sebulan pun layak dapat RMT, tetapi kini setelah kemas kini data permohonan bagi 2019, pendapatan tersebut dianggap tidak layak lagi dibantu.

Baca: Netizen Kutuk Maszlee ‘Jahil’ RMT Wujud Sejak 1979

Langkah aneh kementerian yang kini perketat syarat pemohon turut dikritik banyak pihak dan nyata tindas murid keluarga miskin akibat terpaksa tahan lapar ketika bersekolah hanya kerana gaji bulanan penjaganya lebih RM930.

Ada menyifatkan bahawa penolakan pemohon bergaji rendah sedemikian ekoran pemotongan bajet skim RMT yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika bentang Belanjawan 2019 di Parlimen pada 2 November lalu.

Untuk rekod, bekas menteri kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bentang Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 sedia dana RM299,974,900 berbanding Belanjawan 2019 oleh Setiausaha Agung DAP itu hanya RM289,000,000.

Justeru, timbul persoalan adakah Guan Eng tidak peduli dengan nasib keluarga miskin B40 apabila kenakan syarat tegas gaji sedemikian sekali gus bukti bajet dibentangkan itu bukan untuk rakyat sejahtera tetapi rakyat sengsara!

RMT yang diwujudkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 1979 dilaporkan telah beri manfaat kepada seramai 2,607,617 murid sekolah rendah di seluruh negara yang bukan dari keluarga M40 dan T20. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Rancangan Makanan TambahanRMT
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

20/01/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya diberi makan nasi dan kuah di...

RMT Ditambah Baik, Murid Terima Susu Setiap Hari

06/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penyediaan bekalan susu daripada dua kali seminggu sahaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd