• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Dewan Rakyat Tolak Usul Bincang Pemilikan Saham

oleh Mohd Arshad
20/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menolak usul pembangkang untuk membincangkan isu berkaitan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, kepada Speaker Dewan Rakyat, semalam.

Azhar berkata, usul itu ditolak memandangkan agenda Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, yang ditetapkan hari ini adalah berkaitan isu banjir.

“Hari ini agendanya banjir, bukan berkenaan rasuah. Saya akui terima usul tersebut sehari lepas dan saya sudah menjawab bahawa sidang khas ini dipanggil Perdana Menteri berdasarkan kuasa mutlak Perdana Menteri.

“Oleh sebab itu, saya tidak ada kuasa menentang atau menerima usul berkenaan. Kalau Yang Berhormat Pulai fokus, agenda ini ditetapkan Perdana Menteri.

“Sehingga hari ini, saya tidak mempunyai apa-apa notis dari Perdana Menteri (mengenai agenda lain), maka saya anggap usul itu dianggap tidak akan dimasukkan dalam agenda hari ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bangun meminta kebenaran Azhar supaya usul yang dikemukakan kelmarin dimasukkan dalam agenda terakhir pada persidangan hari ini.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang iaitu Gobind Singh Deo (PH-Puchong) dan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) kemudiannya bagun meminta perkara sama dibahaskan, namun Azahar kekal dengan keputusan untuk tidak menerima usul berkenaan.

Semalam, Salahuddin memaklumkan sudah menghantar notis usul tergempar kepada Azhar untuk membincangkan isu pemilikan saham Azam.

Dalam surat bertarikh semalam dan dikongsikan di media sosialnya, beliau berkata, perkara itu perlu disegerakan untuk menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah melakukan siasatan lebih lanjut terhadap dakwaan ke atas pegawai tertinggi SPRM itu.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat hari ini, hanya satu agenda ditetapkan iaitu berkaitan penerangan banjir, dengan sesi dimulai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi penerangan mengenai situasi bencana banjir melanda negara baru-baru ini.

Kemudian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, yang mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), akan memberikan penerangan mengenai pengurusan bencana banjir, diikuti Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berhubung bantuan banjir.

Sementara Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula akan memberi penerangan berkenaan perancangan jangka panjang dalam mendepani bencana banjir.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata mesyuarat hari ini juga tidak akan ditangguh pada jam 1 tengahari untuk rehat dan akan terus berjalan sehingga selesai.

-Berita Harian

Tags: Speaker Dewan RakyatTolak Usul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

03/06/2023
0

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa hadapan Malaysia dapat menjadi lebih baik. Ikuti...

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat Pada 19 Disember Ini

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat Pada 19 Disember Ini

01/12/2022
0

SHAH ALAM - Pemilihan Speaker merupakan agenda utama dalam persidangan Dewan Rakyat bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang akan bersidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd