• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, apa yang lebih penting, hasil daripada pekerjaan di sektor itu juga berjaya mengurangkan jumlah keluarga yang dibelenggu kemiskinan.

Beliau berkata, kadar kemiskinan dalam kalangan peladang dan pekebun kecil sektor agrikomoditi turut menunjukkan penurunan yang ketara.

“Kadar kemiskinan nasional pada 1970 adalah pada tahap 49.3 peratus dan menurun kepada 5.6 peratus pada 2019.

“Saya percaya, penurunan ini sebahagiannya adalah sumbangan daripada sektor ini.

“Pada masa sama, ia hasil usaha berterusan Kerajaan bagi memastikan seluruh Keluarga Malaysia dapat menjalani kehidupan yang selesa,” katanya pada Program Eksklusif bersama Perdana Menteri dan Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia, di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Mengenai program malam ini, Perdana Menteri berkata, Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia yang dilancarkan malam ini, mampu menjadi medium terbaik dalam menyampaikan maklumat secara berkesan ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dalam usaha membangun serta memperkasa sektor agrikomoditi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Zuraida, Ismail Sabri berkata, sebagai anak penoreh getah, sektor agrikomoditi bukan sesuatu yang asing baginya.

“Ketika itu, harga sekati getah hanyalah beberapa sen berbanding sekarang.

“Namun, hasil itulah yang menyara kehidupan saya dan kebanyakan daripada kita sehingga berjaya,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa menaruh harapan tinggi agar sektor agrikomoditi yang menjadi sumber pendapatan bagi hampir sejuta pekebun kecil dapat membantu negara menjana semula ekonomi dan mengembalikan kestabilan ekonomi rakyat.

BHonline-

Tags: AgrikomoditiDAKNPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd