• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaja Digalak Carum Perkeso

oleh AK-47
19/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Golongan penjaja dan peniaga kecil digalak mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi membantu golongan tersebut jika ditimpa kemalangan.

Pengarah Sekretariat Usahawan Perak (STeP), Mohamad Rozlan Mohamad Razalli berkata, caruman tersebut boleh dibuat melalui persatuan atau dilakukan sendiri oleh penjaja.

Menurutnya, melalui caruman tersebut, penjaja dan peniaga tidak perlu bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini kerana terdapat bantuan yang disediakan kepada pencarum.

“Sebenarnya ada satu skim yang diperkenalkan Perkeso melalui persatuan atau mencarum sendiri, ada sumbangan khas kepada penjaja. Apabila mereka mencarum, jika ditimpa musibah mereka akan ada sedikit bantuan terus daripada kerajaan.

“Jadi saya sarankan penjaja mencarum atau melihat inisiatif yang dibuat oleh kerajaan melalui Perkeso ini. Selain itu, ada juga inisiatif kerajaan yang lain bagi membantu usahawan,” katanya kepada pemberita selepas melawat penjaja dan peniaga kecil yang menjadi mangsa bencana ribut di Bandar Meru Raya di sini pada Selasa.

Sementara itu, Mohamad Rozlan berkata, pihaknya melihat penjaja dan peniaga kecil di kawasan Bandar Meru Raya boleh berkembang dengan lebih baik berikutan kedudukan strategik bandar tersebut.

Beliau berkata, bagaimanapun beberapa isu perlu dilihat dan ditangani menerusi perbincangan untuk memastikan potensi kawasan tersebut kepada peniaga serta penjaja kecil.

“Lokasi di sini amat strategi cuma terdapat beberapa isu yang kita kena lihat. Mungkin ada baiknya kita buat perbincangan balik. Lokasi sedia ada mungkin boleh ditambah baik bukan sahaja untuk peniaga tetapi pengunjung.

“Jadi itu akan dapat menaikkan lagi imej bandar raya dan imej penjaja di sini memandangkan Bandar Meru Raya ini menjadi tumpuan ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Rozlan turut menyampaikan sumbangan peribadi Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin kepada usahawan yang terjejas akibat bencana ribut.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan sebanyak 10 peniaga terjejas selepas khemah perniagaan mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada petang Isnin.

Dalam kejadian itu juga, seorang peniaga turut cedera selepas melecur tersimbah minyak panas pada bahagian kaki.

-Sinar Harian

Tags: penjajaPerkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd