• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum GST: Ustaz PAS Cabar Fatwa Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya bersedia untuk hadir jika dipanggil oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi mewakili PAS untuk menyatakan pandangan syarak berkenaan masalah ini”.

Itu kata-kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali At-takiri berhubung dakwaan beliau kononnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) haram dilaksanakan kerana bercanggah dengan prinsip percukaian Islam.

BERKAITAN: Majlis Fatwa Putuskan Hukum GST Sebagai Harus

Dakwa beliau, GST haram dikutip kerana tidak menepati tiga syarat pengharusan cukai dalam Islam iaitu kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara.

“Keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan dan hanya dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.

“Sebelum ini juga, saya telah menulis beberapa artikel bagi menjelaskan konsep percukaian dalam Islam dan percanggahan GST dengan Islam,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan hukum pelaksanaan GST yang akan mula berkuatkuasa di Malaysia April depan adalah harus.

Keputusan yang diumumkan di laman web www.e-fatwa.gov.my dibuat hasil muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ketika bersidang pada 21 dan 22 Oktober tahun lepas khusus bagi membincangkan kajian berkaitan GST dipamerkan menerusi laman web www.e-fatwa.gov.my pada 6 Mac lalu.

Hukum bahawa pelaksanaan GST adalah ‘harus’ dipersetujui Majlis Fatwa selepas mendengar dan meneliti laporan penyelidikan yang disediakan oleh Kumpulan Penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selain meneliti fakta-fakta, hujah dan pandangan yang dikemukakan ketika persidangan tersebut.

Sebelum ini, timbul dakwaan menyatakan hukum GST adalah haram, di mana perkara ini disebarkan menerusi ceramah-ceramah agama dan laman YouTube.

GST adalah penambaikan sistem cukai oleh kerajaan Malaysia bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di mana rakyat hanya perlu membayar sebanyak 6% untuk GST berbanding 16% sebelum ini untuk SST.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: GSTPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd