• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tambah Baik Pelaksanaan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia

oleh Mohd Arshad
18/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk Bengkel Tidak Berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai Rabu, 19 Januari, 2022 di portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

“Permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin,” kata Tengku Zafrul.

Berikutan bencana banjir yang melanda negara kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban golongan terjejas termasuk inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia sehingga RM1,000 kepada warganegara mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemas kini sepanjang tempoh pelaksanaan.

Bernama-

Tags: bantuan automotifkeluarga malaysiamangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd