• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Mayat PATI Ditemui, Seorang Selamat Berpaut Pada Pelampung

oleh Mohd Arshad
18/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN: Enam mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat, manakala seorang dijumpai selamat dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Pisang di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, semua mayat ditemukan berhampiran lokasi kejadian dengan paling jauh berada di kedudukan 3.5 batu nautika dari situ.

Katanya, mayat pertama dan kedua ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari bersama seorang mangsa yang terselamat berusia 21 tahun, diikuti empat lagi mayat pada pukul 2.30 petang dengan semua mereka masih berpakaian lengkap.

“Selain Maritim Malaysia, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu oleh Polis Marin Wilayah Selatan yang digerakkan ke lokasi kejadian selepas mengetahui mengenai kejadian tersebut.

“Bot yang digunakan untuk membawa PATI warga Indonesia ke Pontian dipercayai telah tenggelam bersama pelbagai barangan peribadi yang dimiliki oleh mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Pontian, petang ini.

Dalam kejadian pukul 11 malam tadi, bot jenis gentian kaca yang membawa 11 penumpang bersama dua tekong karam dipukul ombak di perairan Pulau Pisang dalam perjalanan dari Batam ke Pontian.

Bagaimanapun enam daripadanya termasuk dua tekong terbabit berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan, manakala seorang mangsa yang kritikal telah dikejarkan ke Hospital Pontian (HP).

Tambah Nurul Hizam, seorang mangsa yang ditemukan terselamat bersama mayat migran itu dipercayai berpaut pada pelampung kira-kira 14 jam sebelum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat tengahari ini.

“Kesemua PATI bertolak dari Pulau Jalor, Batam menuju ke Pontian dengan menggunakan bot fiber berukuran 25 kaki panjang dengan menggunakan 200 kuasa kuda,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Supritenden Mohammad Shofee Tayib berkata, dengan penemuan enam mayat dan seorang yang terselamat, menjadikan keseluruhan mangsa selamat adalah seramai tujuh orang.

”Bagaimanapun, salah seorang mangsa yang terselamat pagi tadi kini dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) disebabkan keadaannya yang semakin kritikal,” jelasnya.

Tambah Mohammad Shofee, mengikut siasatan yang dilakukan, bot yang karam tersebut dikatakan menggunakan jeti nelayan di Api-Api, di sini sebagai tempat pendaratan sebelum diambil oleh transporter.

Katanya, dua tekong berumur lingkungan 30-an itu kini disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.

UtusanOnline-

Tags: AtipsomMaritim MalaysiaPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd