• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuk Jejantas Merekah Diturunkan – JKR

oleh Mohd Arshad
12/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di Seksyen 484.6 Laluan Persekutuan 5 (FR005) berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang berjaya diturunkan dan disiapkan lebih awal daripada jadual asal.

Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor dalam kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, kerja-kerja itu memakan masa kira-kira enam jam 30 minit.

Menurutnya, operasi menurunkan rasuk jejantas bermula pada jam 11 malam Selasa dan laluan trafik dibuka untuk semua kenderaan pada jam 6 pagi Rabu.

“Tahniah kepada pihak konsesi iaitu Roadeare (M) Sdn Bhd yang telah berjaya melaksanakan kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas berkenaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berterima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor yang membantu mengawal trafik sepanjang kerja-kerja itu dilaksanakan.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di hadapan SMK Pengkalan Permatang di Seksyen 484.6, Laluan Persekutuan 5, Jalan Klang-Sabak Bernam ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama dua hari bermula Selasa.

-Awani

Tags: JEJANTASJKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd