• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Khas Untuk Omicron Bakal Tersedia Mac Ini

oleh Mohd Arshad
11/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR RAYA NEW YORK – Satu vaksin Covid-19 yang dicipta khas untuk menangani varian Omicron dijangka sedia untuk digunakan menjelang Mac ini, lapor stesen penyiaran CNBC, semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla, pihaknya dengan kerjasama BioNTech sedang memfokuskan penciptaan vaksin khas bagi varian Omicron yang semakin menular di seluruh dunia.

Meskipun penghasilan vaksin tersebut dianggap terlalu lewat bagi sesetengah pakar kesihatan namun ia masih berguna bagi membendung Omicron daripada terus berleluasa.

“Vaksin ini sepatutnya dihasilkan pada Disember tahun lepas, ketika Omicrion sudah mula dikesan di beberapa negara.

“Namun begitu, kita akan menerima apa sahaja vaksin yang boleh membantu menghentikan penularan varian ini meskipun sedikit lambat,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Kemudahan Vaksin Antarabangsa Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.

Sementara itu, Ahli Epidemiologi Penyakit Berjangkit School Of Public Health John Hopkins, Dr. Shaun Truelove berkata kepantasan penyebaran Omicron mewujudkan kemungkinan semua orang akan dijangkiti pada akhirnya.

“Varian ini tersebar dengan pantas dan vaksin untuk mengekangnya dihasilkan terlalu lambat jadi, akhirnya semua orang akan dijangkiti,” kata Truelove.

K!Online-

Tags: Covid-19Pfizervaksin omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd