• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Terbunuh Dalam Pergaduhan Di Penjara Filipina

oleh Mohd Arshad
11/01/2022
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA: Enam banduan terbunuh dan 33 cedera semasa pergaduhan di penjara yang sesak di Filipina, kata pihak berkuasa hari ini, dalam kejadian kedua seumpama itu dalam beberapa minggu.

Pergaduhan maut itu berlaku semalam antara kumpulan saingan di Penjara Caloocan City di Wilayah Ibu Negara, kata jurucakap Biro Pengurusan Penjara dan Penologi, Xavier Solda.

Siasatan sedang dijalankan terhadap punca keganasan yang dikatakan Solda bermula sebagai pergaduhan antara dua banduan sebelum yang lain menyertai pergaduhan itu.

Tidak jelas apakah senjata yang digunakan.

Larangan lawatan keluarga sejak permulaan pandemik COVID-19 mungkin menjadi faktor, kata Solda.

“Sudah hampir dua tahun kami tidak mempunyai lawatan fizikal di fasiliti kami kerana COVID-19, jadi kami tidak boleh mengetepikan sudut bahawa ini boleh menjadi salah satu sebab mengapa orang lain turut serta dalam pergaduhan antara kedua-dua PDL (orang yang dirampas kebebasan),” kata Solda kepada AFP.

Keselamatan telah dipertingkatkan untuk mengekalkan ketenteraman di kemudahan itu, tambahnya.

Keganasan adalah perkara biasa di penjara Filipina di mana infrastruktur yang tidak mencukupi dan sistem kehakiman yang bergerak perlahan dan terbeban menyebabkan sel kadangkala diisi hingga lima kali ganda kapasitinya.

Kira-kira 1,900 banduan telah dihimpit ke dalam Penjara Caloocan City yang direka untuk kurang daripada 200 orang, kata Solda.

Insiden terbaharu berlaku selepas pergaduhan di Penjara New Bilibid di ibu negara pada 2 Januari yang menyebabkan tiga banduan maut dan 14 cedera.

Senapang buatan dan senjata berbilah digunakan dalam pertempuran di penjara terbesar negara itu.

BHonline-

Tags: FilipinaPenjarapergaduhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd