• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus 21 Projek KDN

oleh AK-47
10/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kajang : Kerajaan sudah meluluskan 21 projek naik taraf dan pembangunan fizikal baharu bagi agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membabitkan peruntukan berjumlah RM558.7 juta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya komited untuk memastikan segala infrastruktur dan keperluan agensi dipenuhi bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam kekal terjamin.

Menurutnya, daripada keseluruhan projek berkenaan, sebanyak 10 projek adalah projek pembangunan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 11 lagi projek bagi agensi keselamatan lain membabitkan Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“10 projek PDRM itu adalah pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, Sarawak; pembinaan 18 Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Selangor; membina semula Jeti Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar, Johor dan pembinaan Balai Polis Kuala Penyu Beaufort, Sabah.

“Antara lain adalah pembinaan 10 Unit Kuarters Balai Polis Pulau Redang, Terengganu; pembinaan Pondok Polis Kampung Pimping, Membakut, Sabah; perolehan tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan IPK Perak serta menaik taraf fasiliti PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan Unit Tindakhas PDRM di Batalion 4 PGA Semenyih, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Hazani Ghazali.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, kerajaan turut meluluskan empat projek bagi JPM membabitkan pembinaan Kompleks Latihan Tenun Pahang Diraja, Pahang; tangki air di Penjara Kajang; menaik taraf Pusat Asingan dan Penempatan Banduan, Blok Peralihan serta Blok Penempatan Penjara Simpang Renggam, Johor selain menaik taraf sistem kumbahan di penjara itu.

“JIM menerima tiga projek yang kesemuanya di Sarawak iaitu menaik taraf Kompleks ICQS Tebedu, Serian; pembinaan pos dan kuarters Telok Melano di Sematan serta Serikin di Bau.

“Kita juga meluluskan tiga projek ESSCOM di Sabah iaitu pembinaan Pos Manalunan, Kinabatangan; Pos Simanggaris, Kalabakan dan membina semula Pos Kuala Meruap, Lahad Datu manakala satu projek di bawah APMM membabitkan penaiktarafan Lapang Sasar Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Pahang,” katanya.

Beliau berharap kesemua projek berkenaan dapat berjalan sebaik mungkin dan berjaya diselesaikan dalam waktu ditetapkan.

-Harian Metro

Tags: KDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd