• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Ketandusan Isu, Serang Peribadi Calon BN

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT (Kelantan) – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan PAS mempelekeh gelaran ustaz terhadap calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, kerana terdesak ekoran ketandusan isu.

Beliau bagaimanapun yakin serangan berunsur peribadi itu tidak memberi kesan terhadap sokongan pengundi kepada BN.

“Saya lihat sini tidak ada isu besar dan saya katakan sasaran PAS terhadap calon (BN) kerana dia tahu calon kita diterima baik dan cemerlang.

“Satu daripada strategi dia (PAS), nak kritik peribadi calon. Saya sendiri dalam ucapan saya tidak pernah menyentuh soal calon pembangkang. Tidak apa lah, mereka takut agaknya,” katanya kepada pemberita di rumah Mat Razi di Kampung Simpangan di sini, hari ini.

http://youtu.be/RJB_JqwG1kE

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan pengarah jentera pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebelum itu, Muhyiddin menunaikan solat zuhur bersama-sama hampir 200 jemaah di Masjid Mukim Simpangan Hilir di sini.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membaik pulih masjid berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan tohmahan PAS kononnya mengundi calon BN pada pilihan raya kecil 25 Sept ini sebagai tidak mendapat pahala.

“Itu fatwa songsang…siapa yang tentukan syurga atau neraka ini. Mana dia (PAS) boleh tau siapa masuk syurga atau (dapat) pahala. Perjuangan BN pun tak lari daripada perjuangan Islam…PAS guna fatwa songsang yang bercanggah dengan syariah,” katanya.

Mengulas kempen BN, Muhyiddin melahirkan rasa gembira kerana terdapat tanda-tanda yang jelas pengundi di kawasan itu menerima calon BN berdasarkan kehadiran pengundi yang memberangsangkan pada ceramah BN.

“Saya dikhabarkan sambutan pengundi sangat memberangsangkan dan ini petanda baik…keputusan kita meletak calon Mat Razi ini adalah tepat. Saya dikhabarkan ceramah BN ada yang hadir lebih 1,000 orang atau paling kurang lima atau enam ratus orang dan ia adalah baik ,” katanya.

Muhyiddin juga mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu yakin dan bekerja lebih keras lagi untuk menarik sokongan pengundi.

“Tadi saya bertemu masyarakat Siam yang telah menyatakan sokongan penuh kepada BN dan ini menunjukkan kita telah diterima baik sebelum ini,” katanya.

Katanya PRK itu sebenarnya penting bagi BN untuk melihat sejauh mana penerimaan pengundi di kawasan itu terhadap BN.

Mengenai isu banjir yang sering melanda kampung di kawasan itu, beliau berkata ia sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS kerana parti itu yang memerintah di Kelantan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata BN akan melihat keadaan itu dan jika kerajaan negeri tidak mampu menyelesaikan masalah banjir itu, kerajaan pusat akan membantu menyelesaikannya.

Pada PRK itu, Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd