• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Elak Penjawat Awam Obesiti

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) melancarkan Program Kecergasan Walk-A-Win Perkhidmatan Awam bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam melalui penggunaan aplikasi Walk-A-Win.

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan memberitahu, program itu bertujuan menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan penjawat awam bagi memulihkan imej Malaysia daripada label negara paling ‘obese’ kepada antara negara paling sihat dan aktif di Asia Tenggara.

“Aplikasi Walk-a-Win menampilkan aktiviti kecergasan yang memberikan pengguna mata ganjaran setiap kali cabaran berjalan berjaya diselesaikan. Pengguna kemudiannya boleh menebus mata tersebut dengan baucer dan kupon sumbangan beberapa syarikat Malaysia seperti Lazada, MBO Cinema dan ABN Xcess.

“Aktiviti kecergasan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu harian, mingguan, bulanan dan suku tahunan. Pengguna boleh mengumpul mata terus jika berjaya menghabiskan mana-mana kategori ini. Sebagai bonus, terdapat ruangan kuiz disediakan yang memberi pengguna mata tambahan. 100 soalan kuiz disediakan setiap hari, dengan soalan berbentuk pengetahuan am,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Program Kecergasan Walk-A-Win Perkhidmatan Awam akan berlansung selama enam bulan dari 1 April 2015 sehingga 1 Oktober 2015 iaitu dengan mempertandingkan kategori kementerian dan agensi pusat, kerajaan negeri dan badan beruniform.

“Aplikasi Walk-A-Win boleh didapati di Google Play (Android) dan juga App Store (iOS) dan muat turun adalah percuma,” jelas kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: obesitiPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd