• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Akan Ganti Buku Teks Rosak Akibat Banjir

oleh AK-47
07/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggantikan 263,662 buku teks yang rosak akibat banjir baru-baru ini, membabitkan 14,422 murid di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, berdasarkan jumlah berkenaan, pihaknya mempunyai stok yang mencukupi bagi menggantikan buku yang rosak.

Katanya, ia sekali gus membolehkan murid berkenaan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan bermula pada minggu hadapan.

“Kita sedar bahawa dalam tempoh banjir besar yang kita lalui, ramai murid-murid yang terjejas akibat banjir dan KPM menerima banyak pertanyaan mengenai buku teks murid yang rosak akibat banjir.

“Jadi kepada murid-murid yang kehilangan buku teks atau buku mereka rosak akibat banjir jangan risau.

“Mereka juga tidak perlu membayar ganti rugi di atas kerosakan buku teks tersebut mahupun menggantikan buku itu,” katanya menerusi rakaman video di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Radzi berkata, guru akan merekodkan jumlah buku teks yang rosak akibat banjir dan akan memastikan usaha untuk menggantikan dapat dilaksanakan segera bagi membolehkan sesi persekolahan minggu hadapan dapat berjalan dengan teratur dan lancar.

“Semoga anak-anak yang terjejas dengan banjir dapat mengharungi tempoh sukar ini dan dapat kembali ke sekolah apabila sekolah buka kelak,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Banjirbuku teksKPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd