• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKR Sabah Cadang Laksana Caj Pembetungan

oleh Mohd Arshad
07/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN : Kementerian Kerja Raya Sabah bercadang melaksanakan caj perkhidmatan penyelenggaraan pembetungan di negeri itu bagi memastikan sistem pembetungan berada di tahap terbaik.

Menteri berkenaan Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata undang-undang bagi tujuan itu akan digubal untuk menyatukan bil pembetungan dengan bil air.

“Di Sabah, kita belum ada akta untuk pungutan pembayaran pembetungan… Kita akan sampai ke tahap itu satu hari nanti (caj pembetungan) kerana pembetungan teramat penting sebab mana-mana tempat di dunia, keutamaan mereka ialah kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan Sandakan pada Khamis.

Beliau berkata caj itu nanti tidak akan terlalu mahal sehingga membebankan rakyat namun mereka perlu bertanggungjawab dalam memastikan kesihatan bersama terpelihara.

Katanya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri diminta melihat bagaimana kaedah itu boleh dipanjangkan ke perkampungan atas air.

Bung Moktar berkata ia sama ada dalam bentuk memberikan kesedaran mengenai kesihatan dan kebersihan kepada masyarakat atau menggalakkan rumah menggunakan tandas dengan sistem perpaipan yang boleh menyalurkan kumbahan ke sistem pembetungan.

Projek itu, yang bernilai RM221 juta, dijangka siap pada 2025 dan memanfaatkan kira-kira 70,000 penduduk.

-Awani

Tags: Caj PembentunganKKRSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd